Ayahraushan tulis BLOG

MENGINTAI DETIK TERINDAH

Posts Tagged ‘ulat. caterpillar’

Ulat..eh..Caterpillar

Posted by ayahraushan on 24/06/2009

caterpiilar_03

Ulat ni aku jumpa kat pokok limau purut aku. Tengah sedap melantak daun…Tak tau laa rasa paprik ke rasa tomyam ke..

Terpikir dihati, Raushan tak pernah tengok apa-apa spesis ulat ..Hari tu bawa pegi zoo tak nampak lak kandang khas utk ulat macam ni.

Kandang gajah, harimau, kuda belang..Ada. Mungkin pihak zoo lupa kot pada haiwan ulat ni.

Aku pon petik daun tu dan bawa ke dalam rumah. Perghh…Seronok sakan 2 budak Raushan tu dapat tengok ulat. Habis di belek depan blakang.

Kesian aku tengok ulat tu tersipu-sipu malu dibuatnya…Ala aku nampak tangan dia tutup muka.

caterpiilar_02

Sebenarnya aku geli jugak…Tapi ye laa sebagai ketua keluarga, aku kena laa tunjuk brani berhadapan dgn ulat ni.

Sebelom ulat tu melompat lepak atas sofa, aku suruh Naim bawak  ulat tu keluar..

Atleast kalau tiba-tiba ulat tu mengejar..sempat laa aku tutup pintu.

caterpiilar_01

Memang cantek ulat ni kalo dibelek betul-betul…Tapi tak leh bayangkan kalau dia melekap kat tengkuk.

Eiiii…Tegak bulu roma.

caterpiilar_04

Posted in My name is Raushan | Tagged: | Leave a Comment »