Ayahraushan tulis BLOG

MENGINTAI DETIK TERINDAH

Posts Tagged ‘tudung cantik’

Bila blog aku nak cecah 10 juta nih?

Posted by ayahraushan on 01/10/2012

Dah lama gile aku tak tulis blog…ni pun kena tanya pakcik Gugel kat mana letaknya blog aku …Fuuhh…baru jumpa. Dah jumpa, nak kena ingat password pulak…alahai..segala jenis nama haiwan aku bubuh dari kingkong sampai laa katak puru suma tak valid..Setelah bertenang sambil mengunyah maruku, baru dapat ilham nama sejenis haiwan nih…Alhamdulillah.

Yeaahh..akhirnya aku dapat juga masuk blog aku sendiri.. Tiba2 je aku teringin nak update blog ni setelah melihat berita kejayaan blogger yg tak cun tu…Fatin Liyana…Alaa..korang tak payah la nak google nama tu ..Tak cun pun..( ayat nak makan sorang hehe ) Khabarnya blog beliau dikunjungi berjuta2 manusia…Ramainyaaa.. Tak boleh bayangkan camana kalau berjuta orang datang ke rumah aku…Perghhh mesti jem gile melaka parking sampai Zoo sana.

Kartun ni aku lukis berdasarkan gambar beliau cik Fatin Liyana..

Alaa…Sama jugak laa mcm seblom ni aku lukis tengok gambar Tiz zakiah, Lisa surihani..( dah kawen sbb tu malas dah nak lukis dia )

Aku tertarik dgn costume yg dia pakai memang kalerful..kena sangat lah dgn jiwa aku yg mcm pelangi ni. Lagi pun aku baru nak blaja lukis guna tablet..jadi kena laa ada model yg mari-mari sket.Baru rajin melukis….hehe

Advertisements

Posted in APA SAJA | Tagged: , , , | 1 Comment »