Ayahraushan tulis BLOG

MENGINTAI DETIK TERINDAH

Archive for the ‘Perakam Detik Terindah’ Category

Rumah Chomel tiang 6 batang.

Posted by ayahraushan on 15/05/2009

Amik gambar kenduri kawen kat kampong ni kadang2 tengok nasib gak.. Biasanya pakage outdoor tu memang tak sentuh laa.

Cuma harap pada hari sanding tu ada la shoot kat tepi2 area rumah tu. Kurang-kurang ada la jugak outdoor selain kat pelamin aje.

Kalu environment cantek, kira rezeki laa. Kalo  memang tak best hehe pening kepala gak nak menggunakan teknologi photatoshop.

Pengalaman masa dapat job kenduri kat Pengkalan Balak dulu mula2 tu teruja banget sbb tau kawasan tu selalu shooting drama.

Tapi malangnya rumah penganten hanya dikelilingi belukar aje..Pantai lak bila gi recce mcm tak brape nak best. Sempit dan ramai orang.

Cuma memang naseb menyebelahi aku kut…Rumah jiran penganten tu kebetulan ada bina satu pondok rumah yg kecik tapi unik kat laman.

Setelah minta ijin dari tuan rumah, akhirnya dapat la jugak penganten beraksi kat rumah chomel giler tu…

Bila masuk photatoshop aku touchup background blakang tu dari belukar jadi langit kebiruan.

Tapi aku bleh lupa hilangkan botol2 bawah rumah tu…hehe siut betul.

Kalo dapat bikin rumah chomel ni kat laman rumah aku best gak. Bilamerajuk dgn bonda Raushan bleh aku tido situ. hehe

Advertisements

Posted in Perakam Detik Terindah | 2 Comments »

Adegan Kucup Kening

Posted by ayahraushan on 10/04/2009

 

Antara pose yg wajib ada masa majlis perkahwinan anak muda zaman sekarang  adalah adegan kucup kening.

Biasanya untuk pose ni pengantin diminta duk mengadap mata bertentang mata..hidung bertemu hidung..

Telinga bertemu telinga…Diam seribu bahasa, kelu lidah hendak berkata…hehe ..kena pakai bahasa isyarat le..

 

Sebenarnya adegan macam ni best sbb dapat menggambarkan keromantisan pasangan itu serta nampak syahdu giler.

Mungkin  kucupan hangat itu boleh diumpamakan seperti cop mohor bahawa janji sehidup semati kita telah terpatri di dahi..

Haa…kakak kakak , sementara anak dah tido tu coba tengok kat cermin ada lagi tak kesan cop mohor tu kat dahi hehe..

Nasib baek laa zaman ayahraushan kawen dulu photographer tak suruh posing macam tu… hehe segan siut.

Bukan apa…Takut gabra punya pasal nanti adegan kucup kening tu, jadi punca segala-galanya pulak.

he he Ye lahh..punca segala-galanya! ngueh…malu aahh…

Posted in Perakam Detik Terindah | 2 Comments »

Busana Pengantin kita

Posted by ayahraushan on 26/03/2009

Kalau kita biasa pergi ke majlis perkahwinan Melayu, kita selalu nampak pengantin pompuan akan bertukar 2 -3 pakaian.
Biasanya untuk pose atas pelamin aje. Buat kenangan laa kut. Pakaian pilihan adalah pakaian traditional dari kaum lain
seperti Cina, India, Jawa , Portugis dan pakaian barat. Pakaian traditional belah-belah Afrika takde plak yg nak cuba hehe..
Bagus orang Melayu ni, nak juga merasa dan try pakai busana pengantin negara lain..
Jadi pada hari persandingan tu laa peluang mereka nak tau camana rupanya  cantik ke tak bila pakai baju traditional bangsa lain.
Kalo pakai kimono time gi keje naik LRT kang ada orang kata buang tabiat pulak ye..Macam rupa ketua ajaran sesat aje.

Cuma harap-harap pengantin kat Jepun atau Korea pun, cuba laa pakai costume songket kita pulak ye tak?
Asyik pengantin kita je yg selalu sangat promote busana tradisional bangsa lain…sampai ke matahari terbit lah..

Photobucket
Costume Siam ni jarang jadi pilihan tapi agak menarik…Tengok laa kuku dia panjang giler.
kalau pengantin tu terlupa..terkorek hidung, mau tembus sampai ke telinga hehe…
Photobucket
Kimono Jepun. Nasib muka pengantin pon dah ada iras-iras Jepun. kena laa….
Photobucket
Photobucket
Pakaian traditional Portugis…
Photobucket
Antara costume yg paling popular menjadi pilihan pengantin ialah pakaian traditional India.
Mungkin jugak masyarakat kita sangat rapat dengan budaya filem Bollywood ni maka pengantin pompuan pon
nak gak tengok rupa dorang ada tak ala-ala Aisyawarya Rai ke..Karina Kapoor ke..paling kurang mcm Lata Mangeshkar.

Tapi pakaian yg aku rasa pelik skit rupa dia adalah pakaian Korea mcm bawah ni..
Tah…Aku rasa mcm kelakar aje benda atas kepala tu..hehe mintak maap kalo ada orang Korea baca ni hehe..
Photobucket
Tapi kalu hati dah suka dengan pakaian tu, lantaklah kelakar ke apa ke…Ni pun pengaruh cerita korea kat tv kut.

Posted in Perakam Detik Terindah | 3 Comments »

Poster filem LOVE is CINTA

Posted by ayahraushan on 23/02/2009

Pasangan Win dan Weni, Bertam, Melaka…19Apr2008
Photobucket

Filem ini mengisahkan Win seorang penjual Gelang magnet ( alaa yg macam AC Mizal pakai tu..)
terlihat dan terpegun dgn kecantikan seorang gadis Indonesia bernama Weni yang berniaga nasi lemak
di simpang 4 , Taman Bertam.

Disuatu pagi sewaktu Win membeli nasi lemak lauk sotong dan minta sambal lebih..Beliau cuba kelihatan macho
dan bergaya sewaktu ingin membayar. Malang tak disangka, tak semena-mena tangannya melekat pada
tiang besi payung kerana Win memakai gelang yg sangat kuat magnetnya di pergelangan tangan.

Akibat kejadian itu, kesesakkan teruk berlaku dari simpang Alor Gajah hingga ke Bandar Hilir, Melaka
kerana ramai driver kereta termasuk bas dan lori kicap berhenti untuk menolong dan menarik tangan Win
dari terus melekat di tiang payung itu. Namun segala usaha itu gagal kerana Gelang magnet yg dipakai oleh Win
sangat berkualiti tinggi Stainless Steel yg berjenama E-Dymium seperti yg diiklankan di tv.

Oleh kerana malam semakin larut, Win yg masih melekat di payung itu terpaksa mengikut Weni balik ke rumahnya.
Win sangat gembira kerana siapa la dalam Malaysia ni yg taknak ikut kalau awek ajak balik rumah. kan ! Kan! hehehe
Tapi gembiranya itu tidak berpanjangan kerana beliau terpaksa tidur bersama payung bertuah itu di dalam stor.

Setelah 8 hari tidur didalam stor, akhirnya gadis Weni merasa kasihan lantas mengajak Win kawin.
Mereka berdua terus pergi ke Jabatan Agama Islam Melaka lantas selamat dinikahkan oleh tok kadi…
di bawah teduhan payung yg masih terlekat di tangan pengantin lelaki.

Kini…Mereka hidup bahagia dan telah berhijrah ke Sabah..
dan khabarnya baru saja dikurniakan anak lelaki kembar..Wow…Tahniah!

http://www.weniwin.blogspot.com

Posted in Perakam Detik Terindah | Leave a Comment »