Ayahraushan tulis BLOG

MENGINTAI DETIK TERINDAH

Archive for the ‘My name is Raushan’ Category

Ulat..eh..Caterpillar

Posted by ayahraushan on 24/06/2009

caterpiilar_03

Ulat ni aku jumpa kat pokok limau purut aku. Tengah sedap melantak daun…Tak tau laa rasa paprik ke rasa tomyam ke..

Terpikir dihati, Raushan tak pernah tengok apa-apa spesis ulat ..Hari tu bawa pegi zoo tak nampak lak kandang khas utk ulat macam ni.

Kandang gajah, harimau, kuda belang..Ada. Mungkin pihak zoo lupa kot pada haiwan ulat ni.

Aku pon petik daun tu dan bawa ke dalam rumah. Perghh…Seronok sakan 2 budak Raushan tu dapat tengok ulat. Habis di belek depan blakang.

Kesian aku tengok ulat tu tersipu-sipu malu dibuatnya…Ala aku nampak tangan dia tutup muka.

caterpiilar_02

Sebenarnya aku geli jugak…Tapi ye laa sebagai ketua keluarga, aku kena laa tunjuk brani berhadapan dgn ulat ni.

Sebelom ulat tu melompat lepak atas sofa, aku suruh Naim bawak  ulat tu keluar..

Atleast kalau tiba-tiba ulat tu mengejar..sempat laa aku tutup pintu.

caterpiilar_01

Memang cantek ulat ni kalo dibelek betul-betul…Tapi tak leh bayangkan kalau dia melekap kat tengkuk.

Eiiii…Tegak bulu roma.

caterpiilar_04

Posted in My name is Raushan | Tagged: | Leave a Comment »

Jangan Lupa Lirik ye bang!

Posted by ayahraushan on 18/06/2009

Naim_AFnyanyi  NYANYI_02

Aku tak laa mengikut sangat program Jangan Lupa Lirik kat astro tu. Cuma skali skala ada gak tertengok.

Tak laa excited sangat sebab aku rasa macam menggalakkan budak-budak menghapal lagu sebanyak mungkin lak.

Tentunya penyuburan unsur-unsur begitu akan melonggokkan lagi timbunan artis2 melayu kita..

Harapnya ada laa  pihak yg mampu mengambil rancangan tu sebagai contoh tapi tukar kepada yg lebeh islamik skit..

Contohnya Jangan Lupa Surah ke…Jadi kita ni yg tak banyak stok hafalan surah tu boleh arr tambah lagi sikit-sikit. hehe

NYANYI_04

NYANYI_03

Apa pon rancangan yg paling best dan wajib diingati oleh kita semua  ialah  ‘Jangan Lupa bayar Bil ‘  tiap bulan…hehe

Posted in My name is Raushan | Leave a Comment »

2 sahabat bernama Raushan..

Posted by ayahraushan on 24/02/2009

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Posted in My name is Raushan | Leave a Comment »

Pengikat Kaseh sayang

Posted by ayahraushan on 12/02/2009

Keluarga aku kecik aje…Sorang isteri ‘cikgu’ Nordaslina Dasuki dan 2 anak lelaki…Raushan Naim, 5 tahun dan Raushan Muaz, 2 tahun 5 bulan.Itu cukup utk membuat aku tak sabar balik dari kerja..kerana perasaan rindu yg menebal itu sentiasa membuak dan membara di setiap hari.

Baru aku merasa betapa benarnya kata-kata anak itu adalah anugerah dari syurga . Yg sungguh tiada tolok bandingnya.Sebab tu laa aku tak sanggup nak tengok berita yg membabitkan buang anak ke, dera anak ke..Tak sanggup nak bayangkan kesengsaraan budak kecik tu.

Aku dapat bayangkan betapa sunyinya rumahtangga pasangan yg tiada anak sbb aku baru gi kursus 3 hari pon dah bagai nak giler rindu kat 2 org budak Raushan tu..Tapi sebetulnya aku lagi giler rindu kat bonda Raushan he he he..Mesti laa kan..

Mereka lah buah hati ku…..syahdu2muaz_16muaz_153

ayahraushan_bonda021

Posted in My name is Raushan | Leave a Comment »