Ayahraushan tulis BLOG

MENGINTAI DETIK TERINDAH

Archive for the ‘APA SAJA’ Category

Dalam gelap malam..ada suara rindu.

Posted by ayahraushan on 10/10/2012

Biasa dalam pukul 9.30 – 10 mlm adalah waktu utk aku telepon anak2 bertanya khabar…selain beri peluang utk mereka mengadu apa yg terjadi sepanjang hari.

Walaupun kadang2 tah apa apa cerita yg diadukan..hehe, tapi suara mereka itu sebenarnya yg aku harapkan..

Mendengar lenggok suara saja sudah terbayang karektor Raushan Naim yg berbeza dgn Raushan Muaz.

Raina Nuri pun berebut sama nak bercakap dgn ayahnya jugak….walaupun cik Nuri ini menggunakan bahasa Khazastan sebagai bahasa pengantar tapi itu tidak penting…Panggilan ” Ayah…ayah..ayah..” sudah cukup untuk aku memahami gejolak kerinduannya menanti aku balik Melaka.

Bila suma anak2 dah dapat bercakap dengan ayah….masa utk mereka masuk tido…WAJIB…TIDO! SEKARANG!

Malam kembali sunyi….belip-belip mata mengira tiada sebutir bintang pun di langit..( memang laa tak nampak bintang sbb aku baring dlm bilik )

Waktu inilah aku berdebar menantikan pula deringan telepon.

Menanti suara merdu bak buluh perindu menghembus selembut bayu sutera berdesir diujung telepon menyusun abjad menjadi susunkata…………

” Haii…Abang..”……

( Aaahhhh….aku kembali cair dlm bentuk molekul-molekul..)

Ok….itu je aku nak cerita ini kali…hehehe

Posted in APA SAJA | Tagged: , , , | 3 Comments »

Pantun membeli jiwa

Posted by ayahraushan on 09/10/2012

Dulu masa skolah aku takde laa minat pantun ni…Masa tu aku lebeh minat seni melukis tapi kalau ada kuar pantun kat sokkabar atau majalah tu mesti aku potong simpan..Masa tu pikir orang yg cipta pantun ni sangat kreatif sbb susah wo nak susun ayat bagi sama bunyi…Iramanya sangat jiwang dan mengasyikkan.

Masa blaja kat Uitm dulu aku memang tak sempat nak menyintan sbb mana ada duit nak blanja awek makan2..
Aku sedar masa tu duit belanja aku ditanggung oleh kakak dan abang aku yg keje kilang…
Besar mana je pun gaji diorang tapi itulah pengorbanan mereka yg aku terhutang sampai mati.
Lagi pun aku sibuk dgn assignment yg berlambak…Jadi masa utk berjiwang tu mmg zero…
( Tak macam student skang ni…tapi ye laa zaman da brubah..kan.. )
kalau aku syiok kat awek tu pun aku takat lukis2  atas kertas dgn conteng dinding aje laa…

Bila aku sudah dewasa..( chewahh ) dah masuk alam pekerjaan , aku mula ingin mengintai alam cinta…Masa kat Brickfields aku pernah nekad tahan awek tu utk berkenalan….( hehe nasib aku x kena ketuk dgn payung.) Oleh kerana permohonan cinta aku tu direject maka jiwa nan lara kaciwaa itu lebeh tersentuh dgn pantun2 yg sedeh…
Tapi langit bukan selalu mendung….nafas bukan selalu kencang.
Bila aku berkenalan dgn seorang awek di Bangsar..( ingat nanti nak bikin satu entry lain)
Aku nekad menggunakan kuasa pantun utk membeli jiwanya.
Kerna masa tu aku sedar..Aku ni rupa tiada..harta pun bas awam dan telepon awam yg dikongsi ramai2.
Aku kena buai dan bermain kata2 puitis untuk mengikat jiwa awek tersebut supaya ia tidak berpaling lagi.

Oleh kerana beliau seorang student U yg baru berusia 19 tahun, aku kena tunjukkan maturiti  tidak hilang punca dlm kewangian cinta yg baru nak mekar ni….Aku kena buat satu pantun yg menunjukkan aku sangat menitikberatkan pelajaran sekiranya beliau  ingin belayar bersama….( pergh…belayar sama tu..)
Maka terciptalah karya kartun berpantun ini…hehe…Chomel giler aku dlm ni.

Aku bagi karya ni kat awek tu selepas seminggu berkenalan…
Kesan pantun itu cukup hebat…Awek tersebut  trus longlai chair tidak mampu utk berdiri.
Beliau perlukan hanya aku sebagai tongkat utk  menempuh hari mendatang…( Phieww)…hehehe

Ini pulak pantun masa kami dipisahkan oleh cuti semester awek itu…

Sbb tu sampai skarang….ada masa aku masih cuba bermain kata2 puitis utk isteri..

Kerana aku tau ayat2 begitu mampu membelit rasa kasih ini menjadi lebeh ketat lagi.

Posted in APA SAJA | Tagged: , , , , , | 4 Comments »

Bila blog aku nak cecah 10 juta nih?

Posted by ayahraushan on 01/10/2012

Dah lama gile aku tak tulis blog…ni pun kena tanya pakcik Gugel kat mana letaknya blog aku …Fuuhh…baru jumpa. Dah jumpa, nak kena ingat password pulak…alahai..segala jenis nama haiwan aku bubuh dari kingkong sampai laa katak puru suma tak valid..Setelah bertenang sambil mengunyah maruku, baru dapat ilham nama sejenis haiwan nih…Alhamdulillah.

Yeaahh..akhirnya aku dapat juga masuk blog aku sendiri.. Tiba2 je aku teringin nak update blog ni setelah melihat berita kejayaan blogger yg tak cun tu…Fatin Liyana…Alaa..korang tak payah la nak google nama tu ..Tak cun pun..( ayat nak makan sorang hehe ) Khabarnya blog beliau dikunjungi berjuta2 manusia…Ramainyaaa.. Tak boleh bayangkan camana kalau berjuta orang datang ke rumah aku…Perghhh mesti jem gile melaka parking sampai Zoo sana.

Kartun ni aku lukis berdasarkan gambar beliau cik Fatin Liyana..

Alaa…Sama jugak laa mcm seblom ni aku lukis tengok gambar Tiz zakiah, Lisa surihani..( dah kawen sbb tu malas dah nak lukis dia )

Aku tertarik dgn costume yg dia pakai memang kalerful..kena sangat lah dgn jiwa aku yg mcm pelangi ni. Lagi pun aku baru nak blaja lukis guna tablet..jadi kena laa ada model yg mari-mari sket.Baru rajin melukis….hehe

Posted in APA SAJA | Tagged: , , , | 1 Comment »

Teratak Gantung

Posted by ayahraushan on 18/02/2011


Asalnya sarang itu peninggalan burung musim lalu.
Dulu aku pernah mengintai sarang itu dgn anak2 kecilnya di dalam.
Bila aku goyang sikit, maka ternganga-nganga laa mulut anak burung tu
minta disuap ulat atau cacing..Sangat comel. Mata pon belom bukak lagi.
Tapi itu cerita dulu…

Aku tak sempat saksikan anak2 burung itu belajar terbang.
Tau-tau sarang itu sudah hening ditinggalkan.
Mungkin tuan asal sarang itu sudah berhijrah ke hutan lain.
Dan sarang yg tergantung di pokok bunga kertas aku tu pun terbiar lusuh.
Semakin hari semakin nipis..
Warna cat pada dinding rumputan keringnya juga sudah luntur reput..
Sama seperti rumah kosong yg berhantu ditinggalkan lebih 40 hari.

Sepetang saat aku sedang asyik berangan sambil makan cekodok
cicah sos cili cap Kimball di bawah pokok pelam….
Terdengar riuh kicau burung…bergayut pada sarang yg lusuh itu.
Oh…Ada burung sedang cuba membaik-pulihnya dgn rumput-rumput baru.
Ini sangat menarik. Macam tengok Astro channel National Geographic.

Yg aku tak pasti adakah burung itu adalah tuan asal yg kembali ke sarangnya.
Atau itu burung lain yg sedang berkelana lantas terjumpa teratak untuk berteduh.

Mereka jenis yg sama dgn paruh yg halus panjang.
dan memakai warna jersi yg sama..
Kawan aku cakap itu burung Merbah Kuning…oh…ye ke?
Terasa sungguh jahil tentang burung..
Selama nih yg aku yakin jawab Cuma burung Kakak tua aje..
Lihat…sungguh tekun burung itu menyulam rumputan kasar.
Bakal menjadi apartment gantung tempat anak2nya membesar.

Kali ini mungkin aku lebih bersedia…
Pasti seminggu lagi akan ada telur-telur di dalamnya.
Dan aku dapat mengusik anak-anak burung itu yg asik ternganga.
Tah-tah aku sendiri yg akan menyuap ulat ke mulutnya.

Posted in APA SAJA | Tagged: , , | 3 Comments »