Ayahraushan tulis BLOG

MENGINTAI DETIK TERINDAH

Archive for October 19th, 2012

Posted by ayahraushan on 19/10/2012

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

[ A. Samad Said ]

————————————————————————————————————————-

**Orang tua ini cukup hebat..karektornya yg diselubungi rambut putih menterjemahkan kesucian kata2 puitis yg lahir dari hatinya yg suci juga..Kerana itu beliau diangkat sbg Sasterawan negara.

Tatkala atuk-atuk lain membiarkan janggut putih di tarik oleh cucu yg comel, Pak Samad menjadikan rambut dan janggut putihnya sebagai perisai putih menentang kezaliman…Orang tua ini bukan tidak sayang cucu..tapi beliau lebih sayang masa depan cucunya itu…dan anak cucu kita juga.

Tatkala orang tua ini bertongkat disiram air busukĀ  berjuang demi anak cucu kita di masa depan, kita pula sedang asyik melayan fesbuk sambil ghairah menonton drama Neelofa yg mantap tapi penuh kepalsuan.

Advertisements

Posted in 1 | Tagged: , , , | 2 Comments »