Ayahraushan tulis BLOG

MENGINTAI DETIK TERINDAH

Archive for October 9th, 2012

Pantun membeli jiwa

Posted by ayahraushan on 09/10/2012

Dulu masa skolah aku takde laa minat pantun ni…Masa tu aku lebeh minat seni melukis tapi kalau ada kuar pantun kat sokkabar atau majalah tu mesti aku potong simpan..Masa tu pikir orang yg cipta pantun ni sangat kreatif sbb susah wo nak susun ayat bagi sama bunyi…Iramanya sangat jiwang dan mengasyikkan.

Masa blaja kat Uitm dulu aku memang tak sempat nak menyintan sbb mana ada duit nak blanja awek makan2..
Aku sedar masa tu duit belanja aku ditanggung oleh kakak dan abang aku yg keje kilang…
Besar mana je pun gaji diorang tapi itulah pengorbanan mereka yg aku terhutang sampai mati.
Lagi pun aku sibuk dgn assignment yg berlambak…Jadi masa utk berjiwang tu mmg zero…
( Tak macam student skang ni…tapi ye laa zaman da brubah..kan.. )
kalau aku syiok kat awek tu pun aku takat lukis2  atas kertas dgn conteng dinding aje laa…

Bila aku sudah dewasa..( chewahh ) dah masuk alam pekerjaan , aku mula ingin mengintai alam cinta…Masa kat Brickfields aku pernah nekad tahan awek tu utk berkenalan….( hehe nasib aku x kena ketuk dgn payung.) Oleh kerana permohonan cinta aku tu direject maka jiwa nan lara kaciwaa itu lebeh tersentuh dgn pantun2 yg sedeh…
Tapi langit bukan selalu mendung….nafas bukan selalu kencang.
Bila aku berkenalan dgn seorang awek di Bangsar..( ingat nanti nak bikin satu entry lain)
Aku nekad menggunakan kuasa pantun utk membeli jiwanya.
Kerna masa tu aku sedar..Aku ni rupa tiada..harta pun bas awam dan telepon awam yg dikongsi ramai2.
Aku kena buai dan bermain kata2 puitis untuk mengikat jiwa awek tersebut supaya ia tidak berpaling lagi.

Oleh kerana beliau seorang student U yg baru berusia 19 tahun, aku kena tunjukkan maturiti  tidak hilang punca dlm kewangian cinta yg baru nak mekar ni….Aku kena buat satu pantun yg menunjukkan aku sangat menitikberatkan pelajaran sekiranya beliau  ingin belayar bersama….( pergh…belayar sama tu..)
Maka terciptalah karya kartun berpantun ini…hehe…Chomel giler aku dlm ni.

Aku bagi karya ni kat awek tu selepas seminggu berkenalan…
Kesan pantun itu cukup hebat…Awek tersebut  trus longlai chair tidak mampu utk berdiri.
Beliau perlukan hanya aku sebagai tongkat utk  menempuh hari mendatang…( Phieww)…hehehe

Ini pulak pantun masa kami dipisahkan oleh cuti semester awek itu…

Sbb tu sampai skarang….ada masa aku masih cuba bermain kata2 puitis utk isteri..

Kerana aku tau ayat2 begitu mampu membelit rasa kasih ini menjadi lebeh ketat lagi.

Posted in APA SAJA | Tagged: , , , , , | 4 Comments »