Ayahraushan tulis BLOG

MENGINTAI DETIK TERINDAH

Archive for October, 2012

Posted by ayahraushan on 19/10/2012

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

[ A. Samad Said ]

————————————————————————————————————————-

**Orang tua ini cukup hebat..karektornya yg diselubungi rambut putih menterjemahkan kesucian kata2 puitis yg lahir dari hatinya yg suci juga..Kerana itu beliau diangkat sbg Sasterawan negara.

Tatkala atuk-atuk lain membiarkan janggut putih di tarik oleh cucu yg comel, Pak Samad menjadikan rambut dan janggut putihnya sebagai perisai putih menentang kezaliman…Orang tua ini bukan tidak sayang cucu..tapi beliau lebih sayang masa depan cucunya itu…dan anak cucu kita juga.

Tatkala orang tua ini bertongkat disiram air busuk  berjuang demi anak cucu kita di masa depan, kita pula sedang asyik melayan fesbuk sambil ghairah menonton drama Neelofa yg mantap tapi penuh kepalsuan.

Advertisements

Posted in 1 | Tagged: , , , | 2 Comments »

Cencorot ke tikus….

Posted by ayahraushan on 11/10/2012

 

Ada beberapa jenis haiwan yg aku seram..takut..saspen kalau depa dapat masuk rumah seperti ular, kala jengking dan lipan…Setakat ayam atau kucing tu aku tak heran sangat.

Tapi yg  bernama cik Siti inilah antara yg paling aku tak suka kalau dia berjaya melepaskan diri ke dalam rumah..
( Kalau cik siti Nurhaliza tu mungkin aku tak de laa marah sangat…)

Tapi rasanya sejak aku mengetatkan sistem kluar masuk di pintu blakang tu nampaknya dah 3-4 tahun jugak tak pernah nampak cik siti nih lepas…

Dulu laa.. pernah skali aku kejar tikus yg masuk ke rumah..dia terperangkap kat satu sudut.

Nak pukul rasa kasihan pulak…( sbb mulut dia mcm cakap please..please..) Aku pun amik Ridset…dan spray spray spray spray sampai habis satu can tu…….    Skali tengok tikus tu releks aje tutup hidung…memang jenis makan toksid tikus nih… dan baru aku kenal yg slalu masuk rumah tu namanya Cencurut…badannya sangat fleksibel..Stakat lubang kecik tu takde hal lah dia nak menyelit. Silap2 lubang hidung kita pun dia boleh masuk.

Nyampahnya kucing aku pun tak berselera nak tangkap…mungkin rasanya agak pahit kut…aku agak aje laa sbb aku pernah tanya kucing aku tu apasal tak nak kejar Cencurut tu? Dia jawab sambil geleng kepala ” meiiyyauuww..”. dari pemahaman aku kucing tu nak cakap payauu..Rasanya payau..

Guna perangkap sangkar tu pun slalu jugak dapat…tapi masalahnya bila da dapat aku tak sampai hati lak nak bunuh…maklum laa dalam jiwa aku ni penuh dgn sifat peri kebinatangan..Biasanya aku buang dgn sangkar2nya skali..Tak tau laa yg 3 tahun dulu tu dah berjaya bukak ke tidak sangkar tu..

Dan yg paling last aku guna perangkap maut macam gambar di atas…Kalau silap pasang, tangan kita yg kena ngap..

Bila dapat sekor..sebelum aku lontar jauh2, aku pun belek dulu laa tikus tu..Memang aku sangat terkezut melihat muncung Cencurut ini sgt  tirus dan gigi taringnya agak panjang..Patut laa dia korek bawah pintu aku selamba aje macam makan maruku..krrupp…krapp..krrup..krraapp…

Kelihatan kiut jugak tapi  tak laa comel macam hamster….
Tapi bau taik dia memang 1st class…Sebab tu orang tak bela Cencurut kut.

Posted in 1 | 4 Comments »

Dalam gelap malam..ada suara rindu.

Posted by ayahraushan on 10/10/2012

Biasa dalam pukul 9.30 – 10 mlm adalah waktu utk aku telepon anak2 bertanya khabar…selain beri peluang utk mereka mengadu apa yg terjadi sepanjang hari.

Walaupun kadang2 tah apa apa cerita yg diadukan..hehe, tapi suara mereka itu sebenarnya yg aku harapkan..

Mendengar lenggok suara saja sudah terbayang karektor Raushan Naim yg berbeza dgn Raushan Muaz.

Raina Nuri pun berebut sama nak bercakap dgn ayahnya jugak….walaupun cik Nuri ini menggunakan bahasa Khazastan sebagai bahasa pengantar tapi itu tidak penting…Panggilan ” Ayah…ayah..ayah..” sudah cukup untuk aku memahami gejolak kerinduannya menanti aku balik Melaka.

Bila suma anak2 dah dapat bercakap dengan ayah….masa utk mereka masuk tido…WAJIB…TIDO! SEKARANG!

Malam kembali sunyi….belip-belip mata mengira tiada sebutir bintang pun di langit..( memang laa tak nampak bintang sbb aku baring dlm bilik )

Waktu inilah aku berdebar menantikan pula deringan telepon.

Menanti suara merdu bak buluh perindu menghembus selembut bayu sutera berdesir diujung telepon menyusun abjad menjadi susunkata…………

” Haii…Abang..”……

( Aaahhhh….aku kembali cair dlm bentuk molekul-molekul..)

Ok….itu je aku nak cerita ini kali…hehehe

Posted in APA SAJA | Tagged: , , , | 3 Comments »

Pantun membeli jiwa

Posted by ayahraushan on 09/10/2012

Dulu masa skolah aku takde laa minat pantun ni…Masa tu aku lebeh minat seni melukis tapi kalau ada kuar pantun kat sokkabar atau majalah tu mesti aku potong simpan..Masa tu pikir orang yg cipta pantun ni sangat kreatif sbb susah wo nak susun ayat bagi sama bunyi…Iramanya sangat jiwang dan mengasyikkan.

Masa blaja kat Uitm dulu aku memang tak sempat nak menyintan sbb mana ada duit nak blanja awek makan2..
Aku sedar masa tu duit belanja aku ditanggung oleh kakak dan abang aku yg keje kilang…
Besar mana je pun gaji diorang tapi itulah pengorbanan mereka yg aku terhutang sampai mati.
Lagi pun aku sibuk dgn assignment yg berlambak…Jadi masa utk berjiwang tu mmg zero…
( Tak macam student skang ni…tapi ye laa zaman da brubah..kan.. )
kalau aku syiok kat awek tu pun aku takat lukis2  atas kertas dgn conteng dinding aje laa…

Bila aku sudah dewasa..( chewahh ) dah masuk alam pekerjaan , aku mula ingin mengintai alam cinta…Masa kat Brickfields aku pernah nekad tahan awek tu utk berkenalan….( hehe nasib aku x kena ketuk dgn payung.) Oleh kerana permohonan cinta aku tu direject maka jiwa nan lara kaciwaa itu lebeh tersentuh dgn pantun2 yg sedeh…
Tapi langit bukan selalu mendung….nafas bukan selalu kencang.
Bila aku berkenalan dgn seorang awek di Bangsar..( ingat nanti nak bikin satu entry lain)
Aku nekad menggunakan kuasa pantun utk membeli jiwanya.
Kerna masa tu aku sedar..Aku ni rupa tiada..harta pun bas awam dan telepon awam yg dikongsi ramai2.
Aku kena buai dan bermain kata2 puitis untuk mengikat jiwa awek tersebut supaya ia tidak berpaling lagi.

Oleh kerana beliau seorang student U yg baru berusia 19 tahun, aku kena tunjukkan maturiti  tidak hilang punca dlm kewangian cinta yg baru nak mekar ni….Aku kena buat satu pantun yg menunjukkan aku sangat menitikberatkan pelajaran sekiranya beliau  ingin belayar bersama….( pergh…belayar sama tu..)
Maka terciptalah karya kartun berpantun ini…hehe…Chomel giler aku dlm ni.

Aku bagi karya ni kat awek tu selepas seminggu berkenalan…
Kesan pantun itu cukup hebat…Awek tersebut  trus longlai chair tidak mampu utk berdiri.
Beliau perlukan hanya aku sebagai tongkat utk  menempuh hari mendatang…( Phieww)…hehehe

Ini pulak pantun masa kami dipisahkan oleh cuti semester awek itu…

Sbb tu sampai skarang….ada masa aku masih cuba bermain kata2 puitis utk isteri..

Kerana aku tau ayat2 begitu mampu membelit rasa kasih ini menjadi lebeh ketat lagi.

Posted in APA SAJA | Tagged: , , , , , | 4 Comments »

Bila blog aku nak cecah 10 juta nih?

Posted by ayahraushan on 01/10/2012

Dah lama gile aku tak tulis blog…ni pun kena tanya pakcik Gugel kat mana letaknya blog aku …Fuuhh…baru jumpa. Dah jumpa, nak kena ingat password pulak…alahai..segala jenis nama haiwan aku bubuh dari kingkong sampai laa katak puru suma tak valid..Setelah bertenang sambil mengunyah maruku, baru dapat ilham nama sejenis haiwan nih…Alhamdulillah.

Yeaahh..akhirnya aku dapat juga masuk blog aku sendiri.. Tiba2 je aku teringin nak update blog ni setelah melihat berita kejayaan blogger yg tak cun tu…Fatin Liyana…Alaa..korang tak payah la nak google nama tu ..Tak cun pun..( ayat nak makan sorang hehe ) Khabarnya blog beliau dikunjungi berjuta2 manusia…Ramainyaaa.. Tak boleh bayangkan camana kalau berjuta orang datang ke rumah aku…Perghhh mesti jem gile melaka parking sampai Zoo sana.

Kartun ni aku lukis berdasarkan gambar beliau cik Fatin Liyana..

Alaa…Sama jugak laa mcm seblom ni aku lukis tengok gambar Tiz zakiah, Lisa surihani..( dah kawen sbb tu malas dah nak lukis dia )

Aku tertarik dgn costume yg dia pakai memang kalerful..kena sangat lah dgn jiwa aku yg mcm pelangi ni. Lagi pun aku baru nak blaja lukis guna tablet..jadi kena laa ada model yg mari-mari sket.Baru rajin melukis….hehe

Posted in APA SAJA | Tagged: , , , | 1 Comment »