PUISI UTK BONDA
Riak wajahmu tenang
Namun berdebar dalam hati
Rasa gementar pada siang…Rasa gelisah kala malam
Menyuluh waktu terang ..Melihat di dalam kelam..
Kau jaga anak kita
Seperti kau jaga sebutir permata.
Posted by ayahraushan on 02/06/2010
PUISI UTK BONDA
Riak wajahmu tenang
Namun berdebar dalam hati
Rasa gementar pada siang…Rasa gelisah kala malam
Menyuluh waktu terang ..Melihat di dalam kelam..
Kau jaga anak kita
Seperti kau jaga sebutir permata.
Posted in Photography | Leave a Comment »
Posted by ayahraushan on 26/03/2009
Malam Jumaat tu aku terdengar macam bunyi kucing bergaduh di balik kayu2 di ujung laman..tapi bunyi nya lain macam.
Aku simbah dgn air tapi takde lak kucing lari keluar..Yg pasti bunyinya masih sama. Aku pon alih kayu2, pasu2 tu suma..
Bila dah clear aku dapati Simba terbaring sambil mengerang..Aduhhh…Aku angkat simba dan masukkan dalam kotak.
Simba masih mengerang. Aku syak Simba sudah dipatuk ular. Oleh kerana malam sudah larut, aku pikir esok pagi
kalo umur Simba masih panjang, aku nak bawa dia ke klinik haiwan. Tapi…



Taburina..kakak kepada Simbawangi memberi penghormatan terakhir kepada adiknya..



Posted in Photography | Tagged: dipatuk ular, harum, subur dihati | 2 Comments »
Posted by ayahraushan on 25/03/2009
Betapa pilu terasa menyucuk perasaan bila terkenangkan kematian kucing aku yg bernama Simbawangi ini..
Simba kucing yg sangat istimewa..Aku ulang..Sangat istimewa. Dan aku sangat sedih kerana keistimewaan itu tiada lagi.
Sudah seminggu berlalu, aku masih bersedih lantas terbawa sungai ke ujung mata..Limpahannya amat menyesakkan dada.
Kematiannya dikala usia mencecah 8 tahun. Hidup bersama aku sejak di awal perkahwinan kami.
Tempoh 3 tahun ketiadaan anak masa tu menyebabkan Simba lah penyeri rumahtangga kami.
Ekornya yg bengkok, suaranya yg nyaring, suka menggigit manja…Aduhhh…aku rindu simbaaaa…
Simbawangi bukan kucing biasa…Ada suatu kelainan pada kucing ini. Serius…

Sekiranya aku terdengar bunyi ” Nge nge nge nge nge ngengenge…” Pasti ada sesuatu yg berlaku di laman rumah.
Yaa..Benar. Simba sedang berinteraksi dan bertengkar dengan burung gembala kerbau yg suka mengusiknya.
Sayang..aku tak pernah sempat merakam peristiwa yg sangat istimewa tu..
Dan burung gembala kerbau itu juga tentu kerinduan teman sepermainannya sudah tidak kelihatan lagi.

Bila Raushan Naim lahir..Simba sudah berumur 3 tahun. Selalu menunggu dan baring di ujung kaki Naim.
Sekiranya baby Naim terjaga dan menangis, Simba akan bising mengiau nyaring memberitahu kami.
Bila Naim sudah pandai berlari dan bermain di laman, Simbalah yg menjadi temannya berlari berkejaran.

Satu lagi yg membezakan Simba dgn kucing lain ialah…
Simba suka mengekori kami yg berjalan-jalan sekitar taman perumahan sambil mengiau-ngiau..
Pernah aku berjalan kaki utk ke Jusco..dan Simba mengekori aku hampir 1 km.
Dan aku terpaksa berpatah balik utk menghantarnya ke pintu pagar sambil berpesan duduk sini..Jangan ikut.
Bila aku balik 2 jam kemudian, Simbawangi masih duduk di pintu pagar itu mengiau nyaring menyambut kepulangan aku.

Orang kata kalo kucing menggonggong haiwan2 kecik bawa masuk rumah itu bermaksud kucing tu bawa hadiah untuk tuannya.
Simbawangi..Hampir seminggu sekali mesti ada aje bawak hadiah utk kami..dalam bentuk mengkarung..
Tapi kini ..
Tiada lagi terdengar perbualan antara dua haiwan..
Tiada lagi kucing istimewa yg mengekori aku berjalan.
Tiada lagi hadiah mengkarung di ruang tamu buat santapan..
Yang ada hanyalah kesedihan dan kesalanku…
Kerana aku tak mampu berbuat apa-apa di detik akhir nafasmu..
Aku terasa sangat bersalah….Aku terasa sangat lemah.
Maafkan aku Simba..Maafkanlah aku.
Biar hari-hari terus berlalu di hujung malam…
Nama mu Simbawangi akan tetap terpahat.
Di lubuk hatiku yg paling dalam.
Posted in Photography | 1 Comment »